Tuesday, November 10, 2009

kutuk-mengutuk..kata mengata...

ramai gile orang yang suka mengumpat and mengata orang ni tau.. yang peliknya, mesti nak cakap belakang. haih..tak berani nak cakap depan-depan ke?? takut pulak..nak mengata orang tak takut.. hem...manusia.. memang tak kenal di untung. kadang tu pulak, mengutuk orang yang dahy banyak berbudi.. tak ke tak malu namanya?..agaknya kenapalah suka sangat kutuk orang ni? yelah, kata orang kalau buat benda yang tak baik, memang syok..nak jadi baik ni boring kan..

fikir-fikirkanlah... adakah kita semua sempurna sehingga kita perlu ada hobi mengutuk orang? dapat dosa je ada la. kenapa nak mengata orang jika diri sendiri pun teruk? ingat-ingat la kelemahan diri sendiri. jangan asyik nak ingat dan mengata kelemahan orang lain. always think that every people has their own kelemahan kan..

oklah, akhir kate..think BIG feel GREAT!!!

Tuesday, October 6, 2009

what happened if....

hem...sekarang ni i nak tanya u all la kan... ape yg u all akan buat if u all jumpe balik atau terserempak dengan ex u all? ape agaknya yg akan u all buat?

kalau i...entahlah. i pun tak tahu nak wat ape. kalau putus bcoz masing2 undur diri 4 any reason, bolehlah buat cam biasa bile jumpe dia. just layan dia as a friend. but! if... dia yg buat u all merana?...cane pulak tu?

for me, mcm yg i penah cerita dulu about my story, i kalau boleh..tak nak sangat2 jumpe die..bukan ape, dia membuatkan i rase cam i yg terhegeh-hegeh sgt kat dia. nak kate i layan dia lebih2, x jugak.. biasa je. i treat him just like a friend. but then, dia dah buat i mcm tu.. apa lagi? kalau dia blh reject i, why not i pun reject dia..

i rase la kan, kalau i terjumpa dia lagi secara x sengaja one day, i akan buat tak kenal. buat macam antara i dgn dia, memg tak pernah kenal langsung. i tak nak dianggap perempuan murah lagi. it's enough for me... hati ni sakit tak tahu nak cakap mcm mane..

sebenarnya, u know why i tetibe ckp pasal ni? it's actually because...i baru dpt kwn baru. a guy who is a friend...dapat tahu pulak dia tu kawan rapat dgn si dia! waduh!!! siap tengok gambar diorang lagi tuh! hati ni tak tahu nak cakap mcm mane. dah separuh mati i lupakan die, tetibe senang2 aje terjongol muka budak tu balik! i takkan bagi tahu kawan baru i tu yg i kenal kawan die.. oh, no way!

jadi...cam tu la ceritanya.. harap u all tolongla comment.. bagi la jwpn pada soalan i kat atas tu. ape yg u akan buat kalau terserempak dgn si die balik ok?...thanks bebyk!!! =)

Tuesday, September 29, 2009

lelaki...perempuan...study..??? argh!! yg mana satu???

sering kali kita sebagai manusia pasti terfikir-fikir tentang masa depan yang bakal kita tempuh. hakikatnya, kita sendiri yang bakal mencipta bagaimana keadaan kita pada satu hari nanti sama ada cerah atau gelap.

tapi, tak sama dengan sesetengah yang lain.. ada yang kata study lebih penting.. "hem...baik aku study byk-byk. esok-esok senang hidup.. tak payah nak harapkan lelaki atau keluarga. tak payah kahwin pun tak apa. lagi bagus.." ada juga pendapat yang mengatakan, "baik aku cari boyfriend dari sekarang..ish...risau aku tau...sekarang lelaki dah sikit.. takut aku tak kahwin nanti. baik aku cari sekarang..study tu lepas kahwin pun boleh sambung lagi.." ada pulak juga yang mengatakan, "pening la cari perempuan baik-baik sekarang ni... asal couple putus..asal putus..couple..stadi aku pun dah teruk.."...

Aiseyman....wake up!!! tolonglah wake up! semua pendapat di atas langsung tak ada equilibrium. bak kata pelajar subjek Sastera Inggeris mcm saya ni, tolong r jgn jadi cam cerita Harrison Bergeron...tak de equilibrium langsung!

sebenarnya, kadang2, manusia alpa, manusia lupa.. semua di dunia ada kepentingan yg tersendiri. kalau dah asyik study je sampai buat keputusan tak nak kahwin, kononnya bahagia kalau hidup macam tu, fikirlah betul2 lagi sekali. kita kahwin untuk mendapatkan zuriat supaya satu hari nanti ada orang yang boleh kita harapkan untuk doakan kita apabila kita dah tak ada. ada guna Tuhan jadikan lelaki di muka dunia ni. walaupun memg susah nak cari laki yg baik-baik skrg, namun, ingatlah bahawa perempuan yg baik hanya untk lelaki yg baik. buat solat istikharah. insya ALLAH berjaya. study memang penting. tanpa ilmu, tidak berjayalah kita.. betul?

perempuan...memang benar bahawa sekarang banyak perempuan yg rosak akhlaknya, tapi tak semua. tak payahlah kome nak susah2 cari perempuan sampai pelajaran terabai. dok ingat couple 24 jam. kepada yg bercinta, ingatlah, ilmu takkan lari dari kita. tiada talak bagi ilmu. tapi, untk lelaki dan perempuan, dah sah ada talak. jadi, pilih la mana satu yg u all suka.

yg penting, ilmu untk kegunaan dunia akhirat. hubungan antara perempuan dan lelaki pula, sebagai satu ujian sama ada u all nak jadikan ia kebahagiaan di dunia sahaja atau di dunia dan akhirat sekali...pendek kata, pandai-pandailah jaga hubungan perempuan dgn laki sebab ada batas-batasnya. :)

Friday, September 4, 2009

cinta...perlu ke tak?

Semua orang pernah bercinta sebenarnya. setuju atau tak dengan pernyataan ni? hem...jom discuss!

for me, i memang setuju sangat-sangat dengan pernyataan kat atas tu. antara sebab-sebabnya ialah:
  • kalau tak ada cinta, maka tak wujudlah dunia!
  • Tuhan mengurniakan manusia dengan perasaan kasih sayang!
  • kalau tak ada cinta, manusia takkan jadi sensitif pada persekitaran dan dunia dah lama pecah berkecai!!!
TAPI!!! sering kali orang bertanya, perlukah bercinta? ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa bercinta tu menggembirakan dan membahagiakan...malah ada jugak yang kata bercinta buat orang jadi tak tentu hala, gila, sawan, sedih, sakit hati, derita...ah, pendek kata semua effect yang teruk-teruk lah!

bagi korang la kan, apa pendapat korang tentang BERCINTA? perlu ke tak??? mesti bercinta ke? tak boleh ke kalau tak bercinta?...hem...jom dengar opinion i. let's share opinion ye?

actually, i nak berkongsi pengalaman dengan u all. tapi...cam malu je nak cerita...huhu...
oklah, the story begins here!
sebenarnya, i ni jenis yang tak reti nak ada feeling-feeling kat laki tau masa dulu-dulu before i met someone in my life...after i met him, at first, i thought it's just a crush..a huge crush perhaps! yelah, dia pun cam menepati citarasa i yang agak tinggi ni. tunggu punya tunggu dia make the first move, tak jadi-jadi. pasal pe tau? dia ni agak dingin dengan perempuan.. dia suka baca buku..kalau dengar dia sembang pun, mesti hal yang berfaedah. tak reti nak cakap benda-benda mengarut. but at da same time, dia ni memang lawak giler sebab dia selalu buat orang tergelak tau!!! hmm....semua dah tinggal kenangan da...

lepas dua tahun tunggu dia, i dapat kawan dengan dia. itupun kawan jelah. sebab kita orang memang tak suka nak couple-couple ni.. tak sampai sebulan kawan, dia suddenly diam and left me without any news. i don't know what is my mistake to him...

i know that he is my first love because i tak pernah nangis sebab lelaki sebelum ni. but because of him, i cried like hell....until one day, tiba-tiba i dah dapat kekuatan untuk lupakan dia yang pernah hadir in my life. i don't know from where i got the strenght..maybe berkat solat hajat and doa i yang mintak diberi kekuatan lupakan semuanya dah termakbul. lagipun, i got a new environment now..maybe because of that, buatkan i boleh kikis dia sikit demi sikit. i realized that i started to feel annoying when i think bout him. sedar tak sedar satu hari, i remuk-remukkan gambar dia yang dah tiga tahun i simpan.. masa tu, i dah tahu la yang buat apa i nak keep on loving him and remembering him sedangkan dia...?

i akui memang rasa nak mati bila nak lupakan dia yang i sayang...malah i bertepuk sebelah tangan! sedih tau!!!....tapi, now, i rasa semua masalah tentang dia dah terbang melayang macam habuk kena tiup angin. and wanna know what??? lepas apa yang dah jadi dan lepas hati i pun dah kosong, i dah tak ada apa-apa feeling pun pada lelaki walau hencem cam mane pun... mungkin i'm not ready yet to have any feelings towards any guy for the time being. sumpah! now, i rasa bahagia sangat bila dah dapat kekuatan ni. bukan kekuatan olok-olok yang macam sebelum ni...tapi, memang kekuatan yang mutlak!

whatever it is, just wanna say thanks a lot kat si dia yang buatkan i kenal apa erti cinta dan rindu. maybe betul kata orang yang cinta pertama cuma satu fasa dalam kehidupan untuk mengenal erti cinta dan rindu.. setuju tak? hem....up to you all la k?

but for me, bercinta tu memang perlu tapi kena tengok keadaan jugak. takkan waktu yang tak sesuai pun nak bercinta? kalau boleh, biarlah bila hati kita dah matang untuk menerima cinta. kadang-kadang ada yang terburu-buru sampai disangkanya suka itu sama dengan cinta padahal ia dua benda yang berbeza...

bercinta tu perlu untuk kita mengenal diri kita dan mengenal individu lain. dengan bercinta, banyak pengalaman yang dapat kita kutip. dan pengalaman itulah yang akan mematangkan hidup kita. ingat! bercinta adalah salah satu ramuan penting dalam kehidupan! tanpa cinta, rosaklah segalanya.

yang PENTING, kita kena faham satu benda ni :

CINTA BUKAN BERMAKSUD BERSATU,
dan MENCINTAI BUKAN BERMAKSUD MEMILIKI....

kau fikirlah........=)


sedih dan gembira adat kehidupan.

halooo...! to all bloggers yang browse my blog, thanks a lot!!!
well, actually, i tak pernah terfikir pun nak buat blog kan.. but then, boring-boring tak ada buat apa ni, just create je lah..hehe...

firstly, i want to introduce myself. my name is aqilah. you may call me Qilah. Nur Aqilah bermaksud cahaya yang berakal! haha...cewah! sebab tulah i ni berakal..hem...ok, now, i will start posting...

kenapa i pilih title sedih dan gembira adat kehidupan? hem...actually, sebab perkara ni memang dah jadi asam garam kehidupan yang membuatkan manusia menjadi lebih kuat dan matang. betul tak apa yang i cakap? memang kita kadang-kadang, sebagai manusia terlalu leka dengan kehidupan yang menyeronokkan sampaikan apabila datang ujian Tuhan yang buatkan kita sedih, terus kita jadi lemah kan? kalau perempuan pulak, selalunya la...mesti hal dengan boy friend tul tak? but i didn't say all of them.. what i mean is most of them.

macam i sendiri, memang kadang-kadang lalai dengan dunia ciptaan sendiri. tapi, bila tiba musibah yang menyedihkan, mulalah i menangis tak henti-henti...huhu... mulanya memang selalu mengenang nasib diri.. contohnya, "kenapalah Tuhan bagi aku masalah ni? banyak sangat dosa agaknya.." lepas tu, bad mood. mulalah hubungan dengan orang sekeliling pun jadi hambar. balik-balik best friend la jadi tempat pendengar terbaik. Hah! kalau nak tahu, my best fren nama dia Liyana Syed and Izni Ismail! so, Liyana n Izni, if you read my blog, want to say a alot of thanks for being my best friend!

ok...berbalik kepada tajuk i tadi, agaknya ada tak kita terfikir, kenapa kita ditimpa masalah yang kita hadapi? pada pendapat i, semua masalah yang kita hadapi selalunya berpunca daripada diri kita sendiri. cuba-cubalah bermuhasabah diri apabila ditimpa masalah.. janganlah tinggi sangat ego tu sampai tak mahu langsung fikirkan kesalahan diri atau kekurangan diri.

andai kata kita ada masalah dengan seseorang individu, fikirkan kesalahan kita dan kalau boleh lupakan kebaikan kita kepada dia. so that, hati kita akan mudah memaafkan dan meminta maaf. problem solve! for me, biarlah kalau orang tak nak maafkan kita pun...janji kita dah sedaya upaya mintak maaf pada dia kan? kata orang, maaf tu dendam yang terindah! hemmm...macam mana tuh? apa maksud di sebalik Maaf adalah Dendam Terindah? fikir-fikirkanlah ek?


gembira! bercakap pasal gembira ni, of course ramai dan semua orang dah merasainya. Tuhan tu Maha Adil. Dia takkan beri masalah aje kepada hambanya kan? semua orang akan berlapang dada bila dapat berita gembira...TAPI!!! adakah semua orang itu sentiasa bersyukur kepadaNya? kalau tak bersyukur tu, itu memang mencari masalah sendirilah namanya. sebab, takut satu hari nanti, berita gembira ditarik balik dan masalah yang datang berlipat kali ganda!


so, betullah kata orang bahawa sedih dan gembira ni warna-warni kehidupan. kalau sedih itu asamnya, gembira pula garamnya. tanpa rencah-rencah yang cukup, mana mungkin masakan menjadi , betul tak? ahakz! macam tu jugak kehidupan manusia... jadi, renung-renungkan! anda masih belum terlambat! =)